Artikel Terkini
Kajian Pelajar PhD UMS Temui Spesies Baharu Kulat, Rekod Lima Spesies Belum Pernah Didokumentasi Di Malaysia
Hafiz
Penulis
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) berjaya menemukan satu spesies baharu kulat entomopatogenik serta merekodkan lima spesies kulat yang belum pernah didokumentasikan di Malaysia, sekali gus memperkukuh rekod biodiversiti kulat negara dan menyumbang kepada pemahaman global mengenai kepelbagaian kulat tropika.
Penemuan ini adalah hasil kajian intensif selama dua tahun oleh pelajar PhD UMS, Mohd Amirul Hakim Abd Ghani di bawah penyeliaan Prof. Dr. Noorhazwani Abdullah dari Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA).
Kajian ini dijalankan di kawasan hutan tropika Sabah termasuk Taman Negara Crocker Range dan kawasan persekitaran kampus UMS, dengan menggunakan kaedah pengasingan kulat terkini serta analisis molekular DNA.
Artikel Berkaitan
UMS Radio
Ikuti berita terkini dan rencana menarik dari kampus UMS di sini.